Dapat Duit Percuma..Cuma Register..Dan Tunggu Duit Berkembang..Tiada Bayaran

Wednesday, February 17, 2010

Cuti Balik KamPung..Huhu..

Salam Semua..
Wah dah lama rasanya tak Post Entry kat sini..maklum la cikgu bz skit dengan benda lain..Hehe..
Nasib baik ada Cuti Raya Cina ha...Orang Cina beraya..Kita pun apalagi..balik kampung la..haha..

Lagipun dah lama tak balik kampung Kat Kuala Rompin, Pahang..Tempat kelahiran ku yang tercinta..Cuti kali ni semua Sanak sedara balik..Sambil2 melawat Tok Ki yang sedang sakit..demam Tak menentu..

Walau apapun..Cikgu tetap berjalan jugak...Jalan jumpa kawan lama..Dan berjalan2 bawa budak2 kecik ni berjalan2..Jom kita Zoom gambar bawah ni..huhu..




Dah lama cikgu tak mandi pantai..zaman kecik2 jer dulu..Huhu

Saturday, September 19, 2009

Menghayati Idul Fitri

Pada ketika ini kita semua sedang dalam keadaan suasana kegembiraan menyambut Aidilfitri. Berziarah dan kunjung mengunjung, membuat rumah-rumah terbuka, menjamu sanak saudara dan sahabat handai.

Begitulah kebiasaan atau tradisi kita menyambut lebaran. Semoga kita menyambut Aidilfitri ini mengikut seperti mana yang telah dianjurkan oleh syara' dengan tidak mencemari dan merosakkan keimanan yang telah kita sucikan disepanjang bulan Ramadhan.

Antara perkara yang dianjurkan oleh syara' itu ialah :-

Pertama - bermaaf-maafan, perkara ini bukan hanya dilakukan pada hari raya sahaja, bahkan sewajarnya dilakukan dari masa ke semasa dengan seberapa segera, demi mengukuhkan ikatan persaudaraan agar terus menjadi erat dan mesra.

Kedua - kunjung mengunjung ( berziarah ) tanda persaudaraan dan silaturrahim. Mengujudkan hubungan silaturrahim ini merupakan salah satu yang dituntut oleh Islam bahkan dengan mengujudkan silaturrahim itu adalah jalan kepada hubungan dengan Allah Subhanahu Wataala. Ini jelas sebagaimana hadis Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam riwayat Al-Imam At-Tarmizi :- Maksudnya :-

Hubungan silaturrahim adalah jalinan daripada tuhan yang pengasih. Siapa yang menyambungnya, Allah juga berhubung dengannya dan siapa yang memutuskannya, Allah memutuskan hubungan dengannya.

Dalam pada itu patut kita ingat bahawa dalam kita asyik mengadakan kunjungan itu, janganlah pula sampai tertinggal sembahyang atau melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan ajaran-ajaran agama Islam seperti bersalam-salaman antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram.

Ketiga - selain ziarah menziarahi di hari yang mulia ini, marilah kita sambut dengan cara yang berpatutan baik dari segi mengadakan jamuan, perhiasan, mahu pun pakaian, jangan sampai wujud pembaziran yang akan menyebabkan kita menanggung beban dikemudian hari. Hari raya ini bukan untuk kita menunjuk-nunjuk atau berbangga-bangga, akan tetapi hari raya adalah hari untuk kita meningkatkan hubungan kita dengan Allah Subhanahu Wataala dan hubungan kita sesama makhluk. Ingatlah akan Firman Allah Subhanahu Wataala dalam surah Ali-Imran ayat 112 :- Tafsirnya :-

Mereka diliputi kehinaan dimana sahaja mereka berada, kecuali jika mereka berpegang kepada tali ( agama ) Allah dan tali perjanjian dengan manusia, dan mereka kembali mendapat kemurkaan dari Allah dan mereka diliputi kerendahan. Yang demikian itu kerana mereka mengingkari dengan ayat-ayat Allah dan membunuh para nabi tanpa alasan yang benar, yang demikian itu disebabkan mereka durhaka dan melampaui.

Keempat - janganlah hendaknya ibu bapa membiarkan anak-anak mereka berhari raya dengan yang bukan mahramnya, balik hingga lewat malam dan menjadikan hari raya ini sebagai hari pergaulan bebas diantara mereka dan kawan-kawan.

Sunday, September 6, 2009

Kejayaan Yahudi Laknatullah

Protokol ke 10 Yahudi mengandungi 8 perkara...


Seminit untuk kita beringat...
Justify Full
1.. Song....
Lagu-lagu yang menghiburkan. .jika ada anak-anak yang
tak tau mengucap..tetapi boleh menghafal lagu Hindustan yang panjang berjela... Ada anak-anak yang tak hafal Fatihah....tapi boleh mengingati lagu Siti Norhaliza yang panjangnya berdepa depa..... berjaya sudah Yahudi.... Hinggakita terfikir.... . bagaimana jadinya radio kalau tanpa lagu?

2. ...Sex.....
Lagi satu kegilaan remaja dan yang tua. Sex di mana-mana.. di kaca tv, dalam filem, dalam iklan...babak sex amat lumrah.. kekadang adegan sex tak diperlukan, tetapi diselitkan jua sehingga ada orang menonton filem hanya kerana ada adegan sex... filem 18SX amat laris berbanding filem U... VCD lucah mudah didapati...dan harganya amat murah... Adakah filem yang tiada adegan sex? Lagi sekali berjaya sungguh Yahudi laknatullah. .....

3. ...Smoke....
Rokok..menjadi kegilaan para remaja...
sehingga dikatakan tidak modern jika tidak merokok...
malah sekarang merokok menjadi budaya bagi mana-mana perempuan yang kononnya mau di gelar "up to date"..
Dulu yang merokok ini golongan ****** saja.... ataupun penari kabaret....( aku tengok dari filem P Ramlee )....
Syabas yahudi...berjaya lagi kamu....

4. ....Sport...
Pelbagai jenis sukan di tonjolkan dan lelaki dengan
perempuan sama-sama berlumba mencari nama dalam sukan... hinggakan sekarang bola sepak pun perempuan main juga... Bila bersukan, tutup aurat mestilah jauh sekali, sembahyang pun banyak yang miss....bukan yang bermain sahaja tak sembahyang.. . yang menonton pun tak sembahyang juga ...... Kalau menonton dirumah... akan lambat sembahyang sebab takut tak nampak macam mana masuk GOL....

Yahudi gol lagi......

5. .. Fun..
Hiburan...di mana-mana kita dapat hiburan yang melalaikan.. .. Kalau kita lihat dalam 100 majalah..mungkin 99 adalah majalah hiburan.. termasuklah majalah mangga...yang menayangkan buah mangga artis perempuan... . Kalau ada konsert....sanggup orang Islam bertandang hingga menghabiskan banyak wang dan bila ke konsert.... pelbagai maksiat akan diselit masuk.... Yahudi terhibur lagi....

6.... Female...
Perempuan... tawaran Yahudi yang amat mengasyikkan. terutama dalam iklan..yang kadang-kadang tidak ada kena mengena dengan perempuan... Kalau kita ke kedai bateri kereta.... dihadapan bateri terpampang gadis sunti separuh bogel beraksi... apa kena mengena bateri kereta dengan perempuan?..kalau iklan Modess... perempuan adalah patutnya... Yahudi bersorak lagi.....

7...Fashion. ...
Fesyen terutama perempuan yang bermacam-macam. sehinggakan kalau pakai tudung pun mereka dah tak menutup aurat.... Macam mana dikatakan bertutup aurat jika bertudung tetapi berbaju ketat yang kekadang menampakkan pusat? Yang mewarnakan rambut lagi teruklah... Buat apa bertudung kalau rambut diwarnakan.. ..
Bila warnakan rambut..mestilah tidak bertudung sebab kalau bertudung..bagaiman a nak menayangkan warna rambut yang terkini itu... Kalau dah rambut diwarnakan.. . sembahyang pun tak sah... malah mandi hadas pun tak sah sebab kebanyakan pewarna adalah kalis air... itu tak kira yang cukur bulu kening lagi...

Yahudi ketawa lagi....
Umat islam sudah jadi macam Yahudi....

8. .. Food..Makanan. .
Lagi satu kegilaan Umat Islam terutama makanan dari Barat termasuklah MC D, Kentucky , Pizza hut...dan seribu satu macam lagi... Buah kurma yang menjadi makanan Rasulullah di pandang hina.... masuk rumah pun setahun sekali bila bulan Ramadan... tapi makanan Barat menjadi kebanggaan.. . Bila makanan datang dari Barat.. adakah kita yakin tentang halalnya? Contoh Kentucky ..rempahnya datang dari Amerika.... siapa nak pergi check...halal ke tidak? Bila makan benda haram, masakan iman menjadi mantap... Maka lahirlah Umat Islam yang bukan perangai saja macam yahudi... tetapi berfikiran pun macam yahudi...Nauzubillah..... Yahudi makan Islam lagi...

Itu baru protokol yang ke 10......
yang lain-lain entah macam-macam lagi.... aku cinta Malaysia .....tapi lebih cintakan ALLAH....... .... oleh itu, jika berlaku pertembungan antara kepentingan manusia dengan kepentingan Allah......



Saturday, August 22, 2009

Kisah Pemuda Beribu-Bapakan Babi

Nabi Musa adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah S.W.T Setiap kali dia hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit Tursina. Di atas bukit itulah dia akan bercakap dengan Allah.Nabi Musa sering bertanya dan Allah akan menjawab pada waktu itu juga. Inilah kelebihannya yang tidak ada pada nabi-nabi lain.


Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah. "Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?". Allah pun menjawab dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya. Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan mengikut tempat yang diberitahu. Setelah beberapa hari di dalam perjalanan akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat berkenaan. Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ, beliau berjaya bertemu dengan orang tersebut. Setelah memberi salam beliau dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu.


Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa. Dia masuk ke dalam bilik dan melakukan sesuatu di dalam. Sebentar kemudian dia keluar sambil membawa seekor babi betina yang besar. Babi itu didukungnya dengan cermat. Nabi Musa terkejut melihatnya. "Apa hal ini?, kata Nabi Musa berbisik dalam hatinya penuh kehairanan. Babi itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah itu babi itu dilap sampai kering serta dipeluk cium kemudian dihantar semula ke dalam bilik. Tidak lama kemudian dia keluar sekali lagi dengan membawa pula seekor babi jantan yang lebih besar. Babi itu juga dimandikan dan dibersihkan. Kemudian dilap hingga kering dan dipeluk serta cium dengan penuh kasih sayang. Babi itu kemudiannya dihantar semula ke bilik. Selesai kerjanya barulah dia melayan Nabi Musa. "Wahai saudara! Apa agama kamu?". "Aku agama Tauhid", jawab pemuda itu iaitu agama Islam. "Habis, mengapa kamu membela babi? Kita tidak boleh berbuat begitu." Kata Nabi Musa. "Wahai tuan hamba", kata pemuda itu. "Sebenarnya kedua babi itu adalah ibubapa kandungku. Oleh kerana mereka telah melakukan dosa yang besar, Allah telah menukarkan rupa mereka menjadi babi yang hodohrupanya. Soal dosa mereka dengan Allah itu soal lain. Itu urusannya dengan Allah. Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipanku sebagai anak. Hari-hari aku berbakti kepada kedua ibubapaku sepertimana yang tuan hamba lihat tadi. Walaupun rupa mereka sudah menajdi babi, aku tetap melaksanakan tugasku.", sambungnya. "Setiap hari aku berdoa kepada Allah agar mereka diampunkan. Aku bermohon supaya Allah menukarkan wajah mereka menjadi manusia yang sebenar, tetapi Allah masih belum memakbulkan lagi.", tambah pemuda itu lagi. Maka ketika itu juga Allah menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s. 'Wahai Musa, inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di Syurga nanti, hasil baktinya yang sangat tinggi kepada kedua ibubapanya. Ibubapanya yang sudah buruk dengan rupa babi pun dia berbakti juga. Oleh itu Kami naikkan maqamnya sebagai anak soleh disisi Kami." Allah juga berfirman lagi yang bermaksud : "Oleh kerana dia telah berada di maqam anak yang soleh disisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat kedua ibubapanya yang Kami sediakan di dalam neraka telah Kami pindahkan ke dalam syurga." Itulah berkat anak yang soleh. Doa anak yang soleh dapat menebus dosa ibubapa yang akan masuk ke dalam neraka pindah ke syurga. Ini juga hendaklah dengan syarat dia berbakti kepada ibubapanya. Walaupun hingga ke peringkat rupa ayah dan ibunya seperti babi. Mudah-mudahan ibubapa kita mendapat tempat yang baik di akhirat kelak.


Walau bagaimana buruk sekali pun perangai kedua ibubapa kita itu bukan urusan kita, urusan kita ialah menjaga mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil hingga dewasa. Walau banyak mana sekali pun dosa yang mereka lakukan, itu juga bukan urusan kita, urusan kita ialah meminta ampun kepada Allah S.W.T supaya kedua ibubapa kita diampuni Allah S.W.T. Doa anak yang soleh akan membantu kedua ibubapanya mendapat tempat yang baik di akhirat, inilah yang dinanti-nantikan oleh para ibubapa di alam kubur.


Erti sayang seorang anak kepada ibu dan bapanya bukan melalui hantaran wang ringgit, tetapi sayang seorang anak pada kedua ibubapanya ialah dengan doanya supaya kedua ibubapanya mendapat tempat yang terbaik di sisi Allah.

Thursday, July 30, 2009

Kursus Induksi SSM (Unrated Edition)

Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia (KISSM)
20 Jun- 6 Julai 2009


Hari pertama masa kursus ni semua guru pelatih bersemangat..Nyanyi bermacam-macam lagu..Termasuk aku la..memang bertenaga la masa tu..Tapi semakin hari..mata semakin layu duk mendengar ceramah yang disampaikan..Bila lihat rakan sejawat yang lain ada dah yang terbungkang dan mengangguk setuju dengan apa yang telah disampaikan..Meh la kita tengok ragam2 bakal penjawat awam..Huhu..

Ini Fairuz..Orang paling LEPAK..Tak tau la kenapa..Hari mula2 steady lagi..Tapi hari berikutnya tak tau la..Aku tak sempat nak Snap pic dia nie..Huhu...

Tengok la Si Mamat Khairi Jamal nie..Kuat betul tido..

Nie plak Guru Pelatih SK Temin, Jerantut..Mungkin penat sangat kot...


Nie nama dia Zairizal...Ustaz Baha from Mesir..Hehe..Tekong Takraw Maktab dan penjual Minyak Dhob Antarabangsa..Saper beli gerenti tido macam dia punya..Tido ala2 Dhob..
"Jangan Mare tau Baha... "


Yang nie plak Hantu Durian..Masa KISSM nie plak musim durian..Bila baru durian jer..Seme akan pandang pada wajah Si Pijat nie..Dah makan durian asyik duk tidoooo je...Huh..Hampeh betul...


Akhirnya tertido jugak si Shu nie..Ingatkan tak tido..Dalam kelas tak tido..Tapi dalam dewan tido plak..Mungkin sebab selesa kot ader Air-Cond yang mantap sampai tahap beku..



Yang nie plak Azizi..Orang panggil KERAK...Tak tau KERAK apa..KERAK Nasi ker..kerak apa ntah..huhu..Nie RAJA TIDO..Baru masuk dewan terus tido....Tak sampai seminit terus tido..Huhu..Ada satu hari tu..Timbalan Pengarah, Tuan Haji Johar panggil yang duk barisan belakang tu kena duduk depan..Si KERAK nie terpaksa la duk di depan...depan sekali plak tu..Apa lagi..selam 2 jam duk depan..Mata tak pernah tertutup..Asyik buka jer..Huhu..Punyalah takut kena tanya nanti..


Nie dia Wan Marzuki..Dalam kelas tido..Dalam dewan pun tido..Tapi study power beb..gambar dia paling banyak aku snap...hehe..Tapi dia best..banyak tolong member..









Friday, July 24, 2009

Kenangan j-QAF PAI 2..

Setiap pertemuan ader perpisahan...Begitu juga dengan geng2 j-QAF PAI 2008..Bila teringat balik macam2 gelagat mereka nie..Tak kisah masa dalam kelas ker..Masa riadah ker..Yang umur dah lanjut pun perangai masih macam budak...Orang kata kepala giler2 la..Hehe..Tapi apa pun itu adalah kenangan kita bersama..Dugaan dan cabaran yang kita hadapi untuk mendapatkan kejayaan kita sebagai seorang GURU...

Masa yang kita lalui terlalu cepat...
Hari ini berjumpa esok berpisah...Huwaaaa..Huwaa...Sedihnya...(Konon2 La)Hehe..
Kat bawah nie tersenarai geng2 j-QAF PAI 2..


Nama Penuh: Mohd Afiq Firdaus bin Mashudi..Nama Pendek: Apeq..Asal: Kuala Rompin..Menetap di Bentong, Pahang..Mengajar di SK Sulaiman, Bentong..Merupakan Bekas Ex-Student KIPSAS and USIM (Dakwah dan Pengurusan Islam).

Aktif dalam sukan air..Sukan darat kurang minat..apatah lagi sukan udara..Haha..Sukan darat hanya minat Tennis..Pesaingnya ada di bawah ini..Huhu..Menjalankan bisnes Top-up.No money no Top-up...

Status: Hati sudah dimiliki oleh orang

Nama: Zulhairi Ahmad..Sekarang bertugas di sekolah Sk Chini 3&4..Masih membujangkan diri...Orang panggil dia ni Zul Star..Pakar buat income melalui online..Hari-hari ngadap internet..Ex-student USIM (Dakwah dan Pengurusan Islam)


Status: Masih Teruna


Nie nama die Wan Marzuki...Dalam kelas bila presentation memang power..
Pastu power plak main Tennis..Juara Dunia Wimbledon..
Sekarang nie ngajar di Sk Tanjung Lumpur...
Status: Sudah berkahwin..


Yang nie plak Zakaria Ismail..Kitaorang panggil Ya Kurus..Sebab kurus sangat..Huhu..Jgn marah Bro..Mengajar di Sk Air Putih, Kuantan..

Status: Bujang Selamat




Nama di beri Zakaria Isa..Yang nie dulu masa degree belajar Kat Jordan..Kat tengah2 LAUT MATI..Huhu..Sekarang nie ngajar di SK Wira, Kuantan..

Status: Sudah diguna..(Berkahwin)




Yang nie plak nama dia Mustapa..Orang panggil nama pendek STOPA..Stopa nie memang lawak la..Gelak pun pelik..Dalam kelas memang wat lawak Stopa nie...Bila presentation jer macam contoh diam main hentam..Nie dalam kategori geng2 Mesir la..Sekarang mengajar di SK Pulau Manis, Pekan...Ingatkan Pulau Tawar je ader..Pulau Manis pun ader jugak...

Status: Sudah Jadi Ayah



Nie plak nama Shuhaszram...Panggil Shu...Yang nie kuat makan nie..Bagi la apa saje..Semer leh jer masuk..Haha..Masa kat Universiti dulu blaja Kat USIM..

Status: Tunang Orang



Nie nama die Shaari..Sekarang mengajar di SK Balok Makmur...Tak tau la semakmur mana Balok tu..Nie member lama aku masa kat KIPSAS dulu...duk sebilik lagi..masa tahun 1 jer la..Pastu melanjutkan pelajar di Medan, Indonesia dan merupakan Jurulatih PLKN.

Status: Orang Punya Tunang



Bro yang berbaju hijau nie plak orang Jambu Rias, Bentong..Dulu dier ader blog..Tapi sekarang dah lenyap ntah kemana bloknya.Merupakan agen kuat HPA diperingkat International..Income bulan 3k..Kaya-kaya..huhu..Dengar kata dah ada calon untuk dijadikan isteri..Tapi tak taulah orang mana..Eh..terlupa plak..Nama bro nie Nazari Mansor..die juga merupakan pelumba kereta Drift TOYOTA Se..Mengajar di Sk Sulaiman, Bentong.

Status: Hampir mengakhiri zaman bujang



Yang bersongkok nie plak nama dia Najmi Najib..Tengok muka dia mesti sokmo nak tergelak..Tak tau la apsal..Ada membela kot..Bela Hantu Lawak..Kalau dalam kelas mesti wat lawak..Lawak plak berdasarkan kepada pengalaman...Ade la satu hari tu..Boleh plak die pakai Name Tag terbalik..Apalagi..Kena gelak la..Haha...Sekarang nie mengajar di SK Perempuan Methodist, Kuantan.

Status: Bujang Senang



Nama diberi Sa'anoriadan..Bukan Sa'ahor...Ader jugak yang panggil Sa'ahor masa induksi ari tu..Nie merupakan mantan Ketua Unit (KU) paling lama dalam Malaysia..Huhu..Bila presentation mesti lama..Boleh wat CD lagi dan laku kalau jual..Mana tak nya..Presentataion sampai sejam..Sa'onor juga merupakan geng2 Mesir ataupun geng2 padang pasir..

Status: Sudah Berkahwin..



Ok..Yang nie plak nama dier Zairizal...Orang panggil Baha...Masa kat mesir dulu dier nie jual Bundle..Mari..Mari.Murah...Murah..Masa kat maktab plak jual minyak Dhob..Memang kaya la si Baha nie..Die nie pemain Sepak Takraw untuk IPGM TAA..Main tekong..Memang power la..Bola takraw Gen2 tu dia la yang cipta..Huhu..sekarang mengajar di SK Tekam Utara Jerantut.

Status: Sudah Ada ANak



Ok yang nie plak nama dia Nazri Md Isa..Dia nie orang Mentakab..yang nie plak ramai kaum kerabat..Kat bentong nie..Kerabat die Cikgu Fathi (SK Lebu), Yang nie aktif bola tampar..Pakar dalam bidang Qiraat..Maklum la..Al-hafiz..Ex-student USIM..Sekarang nie kencang bercinta..Dan akan akhiri zaman bujang dalam 30 tahun lagi...huhu..Jgn marah bro..Merupakan pembekal seluar Trek Adidas..Sekarang mengajar di SK Chini berapa ntah...

Status: Masih membujangkan diri..Masih bercinta















Friday, May 22, 2009

Download Assignment Pengajian Al- Quran

Assignment Pengajian Al-Quran
(Mikro dan Makro)
(Sumber Pengajaran)

Sila Klik Laman web di bawah ini:

SUMBER PENGAJARAN
http://www.usaupload.net/d/ihxsfzlew0c


KONSEP PENGAJARAN MIKRO
http://www.usaupload.net/d/u6gfza9cwjn

Thursday, May 21, 2009

CIKGU....

Hujan

CIKGU: Arip,kenapa kamu datang lewat hari ini??

ARIP : Hujan lebat cikgu... ...

CIKGU: Semalam,kenapa awak tak hadir??

A! RIP : Hujan,cikgu... ...

CIKGU: Aik! Hujan juga. Habis kalau tiap-tiap hari hujan??

ARIP : Banjir, cikgu

CIKGU: @#%#@&%#@$

_______________________________________________________________________

Gigi

FARID : Berapa bayaran bagi mencabut sebatang gigi?

DOKTOR: RM 120.

FARID : Amboi mahalnya... .ada yang murah sikit tak?

DOKTOR: Ok, saya boleh kurangkan anesthesic.Saya boleh kurangkan kepada RM 80

FARID : Masih mahal lagilah,doktor. Saya mahu yang mencabut sebatang gigi
yang paling murah sekali... .

DOKTOR: Kalau macam tu, saya akan suruh pelajar saya yang tak tau apa-apa
untuk mencabutnya dengan playar... amat murah.. RM 10 jer..

FARID : Cantiiik, masukkan nama bos saya untuk rawatan esok...
_______________________________________________________________________

Fotosintesis

CIKGU: Along, cuba terangkan apakah tugas akar pokok pisang?

ALONG: Untuk mencari makanan, cikgu.

CIKGU: Bagus, sekarang giliran Neena pulak. Apakah tugas batang pokok pisang?

NEENA: Untuk membawa makanan yang dicari akarnya, cikgu.

CIKGU: Pun bagus jugak. Sekarang giliran Din pulak. Apakah tugas daun pisang?

DIN : Untuk membuat "tapai" cikgu..

CIKGU: Uiii, lagi bagus. Sila diri atas meja sampai tamat waktu kelass!
_______________________________________________________________________

Pembunuhan J.W.W BIRCH

CIKGU : Baiklah, kita mulakan soal jawab. Fezzul bangun!!!

(Fezzul yang baru bangun dari tidur tiba-tiba berdiri)

CIKGU : Jawab dengan pantas, siapakah yang telah membunuh J.W.W Birch?

FEZZUL: Sumpah, saya tak bunuh. Betul cikgu, saya tak kenal pun orang putih
tue... (sambil menangis melolong)

CIKGU : Mampos kalau aku ada 20 orang pelajar macam ni... (dalam hati)...

Sunday, May 17, 2009

Selamat Hari Guru 2009


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Seperti yang sedia maklum.. bulan Mei ni merupakan bulan yang meriah dengan pelbagai jenis sambutan.. walaupun hari ibu masih belum disambut lagi.. tapi Mr Great Bandito nak menjadi lebih kehadapan dengan memberi ucapan selamat hari guru kepada semua guru di Malaysia yang bakal disambut pada tarikh 16 Mei 2009 (sebelum 16 Mei tu Besday aku dulu 15 Mei) terutamanya guru-guru yag turut bergelar blogger.. hohoho kepada Cikgu Ise, Cikgu Jambu Berhias, Cikgu Mek Tie, Cikgu Ganti Mohd Anelka, Cikgu Halipah dan semua cikgu kat Bentong.. Selamat Hari Guru diucapkan… semoga terus tabah mendidik anak bagsa menjadi manusia yang berguna.. . Jika terdapat lagi guru-guru yang bergelar blogger sila la nyatakan link mereka di bahagian komen.. akan diupdate nanti.. teruskan membaca untuk mendapat lebih banyak info berkenaan Hari Guru…

Seperti yang dinyatakan di hari guru di sambut pada 16 Mei setiap tahun tapi pasti ramai yang tak tahu kenapa tarikh ini dipilih.. ok tarikh 16 Mei dipilih kerana pada tahun 1956, Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.. dasar itu telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan sejak dari itu dan dinamakan Laporan Razak…hohoho mari belajar sejarah bersama Great Bandito

Ok tambahkan lagi info.. sama seperti hari ibu, hari guru juga tak disambut secara serentak seluruh dunia.. hanya Malaysia sahaja menyambutnya pada 16 Mei.. Tarikh Hari Guru bagi negara lain pula seperti berikut..

Albania disambut pada 7 Mac.. satu hari sebelum hari ibu yang bersamaan 8 Mac..
India disambut pada 5 September, sempena hari lahir Dr Sarvepalli Radhakrishnan, Presiden India yang kedua dan seorang pendidik terkenal

China disambut pada 10 September semenjak 1985, salah satu daripada tiga cuti yang diperuntukkan pada professional (dua lagi adalah hari jururawat dan hari wartawan)

Baiklah info seterusnya… setiap tahun tema yag berlainan dipilih sebagai tema Hari Guru.. jika pada tahun 2008 tema yang dipilih ialah Guru Cemerlang Negara Terbilang manakala pada tahun ini pula tema Guru Pembina Negara Bangsa dipilih sebagai tema sambutan.. hoho berikut pula ialah tema Hari Guru sepanjang 10 tahun dari 1999-2009

1999 Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang
2000 Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan
2001 Memartabatkan Profesion Keguruan tanggungjawab Bersama
2002 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2003 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2004 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2005 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2006 Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan
2007 Guru Penjana Modal Insan Cemerlang
2008 Guru Cemerlang Negara Terbilang
2009 Guru Pembina Negara Bangsa

Hohoho aku sangat teruja dengan hari guru ni sebab ada banyak info untuk dikongsikan bersama.. hoohoh baiklah info seterusnya ialah Lagu Tema Hari Guru 2009 hehehe setiap tahun memang terdapat lagu tema yang tersendiri dan termasuklah lagu tema rasmi Lagu Guru Malaysia..di bawah ini disertakan lirik lagu ini beserta lagu dan minus one sekali yang boleh di download secara percuma kepada cikgu-cikgu sekalian sila hafal ye lagu ni

Lagu Guru Malaysia
Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita
Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua
Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta
Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan

Lagu & Lirik : Hashim Ahmad


BUKAN MUDAH MENJADI SEORANG GURU


Monday, May 11, 2009

Konvoi Bentong-Cameron Higlands

XPDC Konvoi Guru-guru Daerah Bentong..

1 Mei 2009…

Fuhh…Untuk kali ketiga konvoi cikgu2 kat Bentong dapat dijalankan..Sebelum ini konvoi pertama ke Bukit Fraser.Masa tu dalam kategori Konvoi SKS..Pastu plak konvoi ke Taman Negara..Masa nie tak ada nama yang sesuai untuk diletakkan sehinggalah konvoi yang ketiga ni…Baru la dapat nama..CIKGU BIKERS CLUB(CBC)..bukan CBE..tu plat number aku la….

Hari yang ditunggu telah tiba..malam tu sebelum hari konvoi aku duk melepak sambil menge-tea dengan Syahir, Syam, Pak The, Jai..Lepak kat TMK..Malam tu nak ambik baju..Warna kuning diraja..Haha..

Pagi sebelum konvoi aku bangun awal dah..Kul 4.45pagi aku terbangun..Tengok2 barang2 tak packing lagi..Apa lagi..aku sumbat la mana yang ada..Pas jer siap kemas..Sambung tido balik brooo…Huhu..Ngantuk siotttt..Kul 6 aku bangun semula..Mandi2..Sembahyang Subuh and rileks kat umah sambil tengok TV jap..Dalam kul 7 aku gerak menuju ke pangkal jalan..Eh..silapp..Menuju ke Petronas Batu 1.Hampeh betul..Orang tak ader lagi..Aku duk la menunggu sorang2 kat situ..Datang plak Mamat naik WAVE 100..Pastu datang plak mamat 125Z..Aku memang tak kenal pun mamat nie…Tak lama kemudian baru la datang Ahli-ahli Bersekutu yang lain..Kali nie pergerakkan ke Cameron Higlands penuh dengan rintangan dan dugaan yang menimpa..Kejap jadi..Kejap tak jadi..Sehingga membuat keputusan tido dalam khemah gara2 Geng Kuning(Sultan Pahang) nak datang ke Cameron Highlands..Last2 tak jadi jugak..Hampeh betul..

Semua Ahli dah ada dah..Zubir plak tak datang2 lagi.Masalah betul la mamat nie..Tunggu duk tunggu tak jugak datang2..Last2 kiterorang pun gerak dulu..Sebelum bergerak..Ada sedikit taklimat yang di sampaikan oleh Abe Joe Shogun..Selepas itu bacaan doa oleh Ustaz Faizal (EX5 Putih..Sport Rim Fluorescent)..Pastu ada sesi pergambaran sebelum bermulanya XPDC Konvoi ini..Kali ini jumlah peserta seramai 30 orang. Ada sedikit penambahan anggota baru..Konvoi kali ini juga disertai oleh 2 wanita yang mana bukan anak dara lagi..Tapi isteri orang daaa…Huhu..


Jam menunjukkan hamper pukul 9.00pagi..Zubir masih tak datang lagi..Jadi kami semua terpaksa memulakan perjalanan dulu kerana sebahagian anggota Konvoi yang lain menunggu di Lurah Bilut…Semua peserta memulakan konvoi dengan baik..Masih mengikut tertib..Kami meneruskan perjalanan ke Lurah Bilut..Sampai jer di Lurah Bilut kami masih menunggu Zubir dan rakannya Aswad..Aswad nie kalau dalam bahasa Arab bermaksud HITAM..Tapi orangnya putih.Haha..Sambil duk menunggu makhluk Allah yang 2 orang tu..Zup….zuppppp.zupp..Kelihatan kereta Naza Citra berderet2 melalui jalan raya..Mereka pun berkonvoi jugak.Tapi tak tau le kemana destinasinya.. Tunggu punya tunggu barulah si Zubir nie sampai ngan member die..Patutla lambat..Member die tu dari Kelang..Jauh tu..takpe..”Jauh Perjalanan Luas Pemandangan” tak pun..”Jauh Perjalanan Lambat Sampai”




Semua ahli dah ada..apa lagi..Gerak la…Vrooommm..Masing-masing membawa motor dengan berhati-hati..Pejalanan kami menuju ke Sg-Koyan..Lebih kurang pukul 10.30 lebih la kami tiba di Felda Sg. Koyan..Semua duk parking motor masing2..tiba-tiba kedengaran suara saper Abe Joe kata ada ahli Konvoi kehabisan minyak semasa perjalanan ke Felda Sg.Koyan.Jadi kena la berpatah balik untuk anta minyak..Tak tau la saper yang p hantar minyak tu..Lain kali pakao v-POWER la..Baru la lambat habis..Dengar kata yang habis minyak tu motor EX5 Putih..die nie ahli baru..mungkin tak ada pengalaman berkonvoi..mungkin dia tuang minyak RM1 kot..Macam dari Benus ke Ketari..Hehe..

Masa kat Felda Sg.Koyan..Geng2 pensyarah IPGM TAA sampai..Tapi kali ini 2 biji jer..Tak macam masa p Taman Negara hari tu..5 biji motor Easy-Rider..Kami sarapan dahulu kat Sg.Koyan nie..Makan la apa yang ada..janji dapat alas perut sebelum sampai ke Cameron Highlands tu.Dah siap2 makan..Kami pun menruskan perjalan kami ke Cameron Highlans melalui jalan Betau..Ehhh..Sebelum perjalanan kami isi minyak dulu kat Petronas Koyan tu..Kali ini semua isi penuh..Tiada yang terkecuali..Yang habis minyak ditengah jalan pun kena isi..Hehe..Aku pun isi minyak jugak..Bukan setakat dalam tangki motor..Dalam botol pun aku isi jugak..Hehe..minyak Free Katakan..hehe.















Perjalanan diteruskan..Nazri( Pensyarah IPGM TAA) mengetuai perjalanan ke Cameron Highlands kerana geng2 lain tak tau jalan pun..Pandai bawa motor jer,,Pastu memecut..Lap sana..Lap sini..Macam hampeh…Perjalanan kami ke Cameron Highlands dari Koyan akan melalui Betau.Jalan di betau agak baik…Tiba2 kami perjalanan kami semakin perlahan..Kami mula memasuki kalan yang masih belum diturap..Yang ada hanya jalan merah, berbatu2 dan berdebu..Debunya memang tebal..Apabila masuk dikawasa jalan yang belum berturap..Pergerakkan kami semakin perlahan..Ada yang laju kehadapan..ada yang ketinggalan di belakang..Jalan yang masih belum berturap sepanjang 15km..Saper yang duk belakang kereta tu alamatnya makan debu la..huhu..



Aku pula dalam kategori dibahagian kumpulan yang tengah2…Dan selamat sampai di Ringglet..Tapi masa kat jalan belum turap tu memang mencabar..Motor aku sampai tahap guna Gear 1..Kalau guna Free Gear alamat turun kebawah balik la..Haha..Semasa dalam perjalanan yang 15km(jalan belum siap)..Kelihatan Bro Ise berhenti..Mungkin ambik gambar kot..Aku hanya meneruskan perjalanan..Slow jer aku bawa..Tapi bukan tahap kura-kura la..Huhu..

15km(jalan belum berturap) dah dilalui..Kamu pun sampai dan berkumpul di Shell Ringglet..Semuanya tengok motor masing yang telah bertukar menjadi satu Colour..Haha..Warna debu..Tapi tak apa..Sikit pun tak mematahkan semangat untuk teruskan konvoi..Ustaz Faizal plak duk sibuk mengelap motornya..Asal berhenti lap motor..Berenti lap motor..Jangan motor lap die dah la..Huhu..Seterusnya kami mendapat arahan untuk bergerak dahulu ke penginapan iaitu di (Desa Arthurium).Apartment nie sewa di bapak mahalnya..rm500 bersamaan makan aku sebulan..Memang kaya la saper ade umah kat sini..Leh wat sewa..Semasa perjalanan ke tempat penginapan..Trafik berjalan dengan lancar..Kami sampai di apartment dalam kul 1 tengahari..Kemudian sampai pula geng Bro Ise yang ketinggalan dibelakang..Semua dah sampai…Kamu pun masuk ke tempat penginapan..Fuhhh..penatnya naik apartment nie..Atas sekali plak tu..Kendur kepala lutut nak sampai keatas tu..Sorang2 aku tengok menarik nafas..Mencari oksigen..Mungkin dieorang ada penyakit lelah nie..

Selepas itu kami berehat sebentar di apartment dan bersiap-siap untuk pergi ke destinasi yang amat penting iaitu Pekan Brinchang untuk makan tengahari..Semua peserta konvoi kelihatan kelaparan..Jalan ke Pekan Brinchang ini amat sesak..Macam kat KL rasenya..Nasib baik la kami datang dengan dengan motor..Boleh mencilok-cilok..Hehe..


Makan dah pun siap..Perut masing2 dah kenyang..
Makan plak free..Free la sebab die termasuk dalam pakej RM50 tu..Semua peserta pergi ke Shell Brinchang..Tiba-tiba ada plak mamat INDIA tu offer sembur motor percuma.Apalagi..aku parking la motor..Biar dia sembur kasi bersih..Banyangkan la 30 biji motor leh siap dalam masa 15minit..Memang hebat la lu BRO HINDI..Setelah siap cuci motor..Destinasi kami yang seterusnya ialah ke Ladang THE BOH..Teh yang korang minum kat Hajra, Tmk, Cmk tu semenya guna THE BOH…Ada Ummpphhhhh Siotttttttt..Huhu..Jalan menuju ke Ladang The Boh memang sempit..Tapi oleh kerana kepakaran dan kemahiran yang ada pada setiap ahli konvoi, mereka melalui jalan yang itu dengan mudah..Kami sampai ke Ladang The Boh..Wahh..memang cantik pemandangan Ladang Teh Boh nie..Apa lagi..yang ada camera pun bergambar la puas..Ada jugak yang duk mengunyah daun teh…Hehe..




P/s: Bersambung lain hari pula ..Hehe..
Penulis dah kepenatan untuk menaip..
Untuk cerita selanjutnya anda boleh buka link ini..Full Story:

http://jomkonvoi.blogspot.com/2009/05/konvoi-ii-bentong-cameron-highland.html






















































Free Blogspot Templates by Isnaini Dot Com and Porsche Cars. Powered by Blogger